Biarkan YM Terus Bicara 19
12:24 PM Edit This 0 Comments »
Ugly
Betty : Ganggu ke?
Sherry_sweet?:
Taklah. Aku tengah main Farm Town. Qalisha keluar cari
burger
dengan papa dia..
Ugly Betty : Boleh ke Man nak drive.
Nak melayan Qalisha lagi?
Sherry_sweet: Drive apanya? Dia beli
burger depan rumah aku ni je haa…
Ugly Betty: Ooooooo….
Aku menongkat dagu. Menatap screen
computer riba dengan perasaan kosong. Masih lagi terbawa-bawa dek rasa kecewa
diabaikan oleh Encik Firdaus. Sejak aku bertindak meninggalkan dia semalam, dia
terus membisu seribu bahasa. Malam ini, dia tekun di meja kerjanya sedang aku
selesa meniarap di katil. Menanti sebenarnya. Menanti Encik Firdaus menyapaku.
Sherry_sweet: Apa masalah ni? Ceritalah.
Ugly Betty: Masalah apa pulak. Saja
nak sembang dengan kaulah. Tak baik tau fikir macam tu. Macamlah aku cari kau
masa aku ada masalah aje.
Sherry_sweet: :D hehe. Itu aku tak
tahu. Tapi, bila aku tengok oooooo kau yg panjang
tu, aku tahu kepala kau ke lain. Lain tak ada…mesti tengah
kusut kan? Cepat. Cerita kat aku.
Aku termangu sambil menongkat dagu.
Memang betul pun tekaan Sharifah. Tetapi, memang benar juga, bukan itu tujuan
sebenar aku menyapa Sharifah. Aku cuma mahu bertanya khabar.
Ugly Betty: alaa… masalah kecil-kecilan aje.
Biar aku settle sendirilah.
Sherry_sweet: yalah tu. Sejak kahwin
ni, dah pandai settle masalah sendiri ya.
Dah tak sudi dah nak
kongsi masalah dengan aku ni. tak apalah…
Ugly Betty: kau jangan mengada lebih
boleh tak?
Sherry_sweet: ha ha ha… kalau macam
tu, cepatlah cerita kat aku sebelum Man balik Nanti kang Qalisha mengacau.
Aku sambung termenung. Ternyata
Sharifah masih tetap memahami aku. Aku mengangkat muka. Encik Firdaus masih
tekun menghadap komputer.
Ugly
Betty: Dah dekat dua hari Encik Firdaus aku tu tak bercakap dengan aku...
Sherry_sweet: Dah kenapa pula dengan
Encik Firdaus kau?
Ugly Betty: ada salah faham sikit.
Tapi, bukan salah aku…
Sherry_sweet: alah… setakat salah
faham sikit tu, pejam mata ajelah. Kalau dia
tak tegur,
kau yang tegur. Apa susah?
Ugly Betty: Bukan senang nak buat
macam tu. Entahlah. Susah aku nak cakap.
Sherry_sweet:Apa lagi masalah kau ni
Diya? Cerita pelan-pelan kat aku.
Ugly Betty: dia marahkan aku sebab
aku keluar dengan Abang Kamal…
Sherry_sweet: Uik… pelik tu. Setahu
aku Encik Firdaus tu tak macam kau.
bukan jenis
cemburu buta. Kenapa sampai dia marah pula? Kau
jangan ckp kau
ada affair dengan Abang Kamal
Ugly Betty: Oit! Ckp elok2 sikit.
Igt aku jahat sgt ke? Ada org gatal tgn pergi Sms dia Siap buat fitnah lagi. Cakap aku
pegang-pegang tangan… peluk2 sakan.
Sherry_sweet: serius tu. Encik
Firdaus percaya ke? Siapa pulak yg gatal jari buat
cerita tu?
Ugly Betty: dia tak cakap dia
percaya. Tp, dia marah sbb aku keluar dengan
Abang Kamal tak beritahu dia. Aku try
call dia, tp dia x jawab.
Bukan salah aku kan?
Sherry_sweet: kau tahu siapa yang sms tu?
Encik Firdaus beritahu siapa?
Ugly
Betty: aku tahu. Tahu sangat-sangat. Siapa lagi kalau bukan mak Mia yang
jelita tu. Mulut jahat perempuan
tu. Aku benci betul dengan mulut dia. Suka suki aje kutuk aku.
Sherry_sweet: apa Encik Firdaus
cakap? Dia tak cakap apa-apa ke kat mak Mia
tu?
Aku mengeluh panjang. Mata sekali
lagi lari ke arah Encik Firdaus yang kebetulan mengerling padaku. Wajah itu
nampak serius. Melihat wajahnya yang serius, aku buat muka sepuluh kali serius.
Mata kembali tertancap ke screen komputer riba. Layan Sharifah lagi bagus! Nak
merajuk dengan aku kan? Jangan harap aku nak pujuk sebab memang bukan aku yang
bersalah. Aku mengerling. Sekali lagi bertembung renungan dan aku tarik muka
masam. Encik Firdaus mengalihkan pandangan ke skrin komputernya sambil mengeluh
perlahan. Aku juga kembali mencari ID Sharifah.
Sherry_sweet: BUZZ!!!
Ugly Betty: tu pun satu sebab dia
marahkan aku. Dia marah bila aku kaitkan
mak
Mia...Bila aku ckp itu semua kerja mak Mia. Dia tak percaya.
Sherry_sweet: kau yakin tu kerja mak
Mia, kenapa pula Encik Firdaus tak
percaya?Confuse dah aku ni weh.
Janganlah buat aku morningsickness mlm2 buta ni...
Ugly Betty: aku tahu mesti kerja
dia. Tapi, dia sms guna nombor lain. Saja nak
pedajal org. n… Encik Firdaus aku…skit
pun tak nak percaya apa
aku ckp tu. Bagi dia orang tua tu baik
sangat!
Sherry_sweet: mungkin betul bukan
dia kot. Entah2 org lain?
Ugly Betty: dahlah. Kau pun samalah
mcm Encik Firdaus tu. Knp la susah sgt
korang sumer nak percaya apa aku ckp ya?
Sherry_sweet: Sbb imaginasi kau selalu
tinggi. :D
Aku merengus perlahan. Geram dengan jawapan
Sharifah.
Charming: dah…dahlah mengumpat tu.
Membaca kata-kata daripada tetingkap yang baru
muncul di skrin, aku mengerling tajam. Encik Firdaus nampak serius di kerusi.
Sesedap rasa sahaja dia menuduh aku mengumpat. Bercakap tidak mahu, tetapi,
boleh pula bermesej di sini.
Ugly
Betty: Mana ada?
Charming:
Igt abang tak tahu? Tgh ngumpat abang dengan Sherry kan?
Aku diam seketika. Menatap tetingkap ID Sharifah.
Mungkinkah Sharifah sedang bersekongkol dengan Encik Firdaus? Mungkin Sharifah
sedang mengalirkan maklumat perbincangan kami ini kepada Encik Firdaus. Tidak…
tidak mungkin. Sharifah bukan begitu orangnya. Mungkin Encik Firdaus sekadar
meneka.
Ugly
Betty: oklah Sherry. Aku nak off dululah.
Sherry_sweet:
laa.. kenapa pulak?
Ugly
Betty: ni, Encik Firdaus. Sedap2 mulut aje cakap kita mengumpat dia
Sherry_sweet:
kalau bukan mengumpat dia, apa yang kita tgh buat sekarang ni?
Betullah kau tgh ngumpat dia pun.
Aku pulak layan kau mengumpat.
Ugly Betty: skrg ni aku rasa aku
betul2 nak off!
Sherry_sweet: ha ha. Marah ke?
Jgnlah marah. Kalau kau nak tahu, tu hint
Encik Firdaus
nak berbaik dgn kau tu. Kau senyum sikit aje,
confirm berdamai.
Tak caya, kau cuba.
Ugly Betty: Tak naklah. Selagi dia
tak minta maaf sbb tuduh aku suka tuduh2
mak best friend dia tu, aku tak akan
tegur dia.
Sherry_sweet:
Malas aku nak ckp byk2 dgn org keras kepala macam kau ni.
Cuma aku nak cakap, tak salah kita
beralah untuk kebaikan. Jangan kau cari psal dgn dia, then dia betul2 pergi
cari Mia. Baru padan muka kau
Ugly Betty: Sherry! Mulut kau mmg
nak kena.
Sherry_sweet: kih kih. Jangan
marah. Betul apa aku ckp. Lelaki ni, jgn bagi dia
stress dengan
kita. Kau kena ingat tu…
Aku diam seketika. Membenarkan
kepalaku mencerna kata-kata nasihat daripada Sharifah.
Ugly Betty: k la Sherry. Aku out dulu ya.
Sherry_sweet: apa pun, kau kena
ingat. Jangan keruhkan keadaan. Kalau perlu
mengalah, x salah kau mengalah.
Beralah tak bermakna kita kalah…
Ugly Betty: Hmm… tgoklah macam mana…
Sherry_sweet: Hmm… maknanya tak
adalah tu… harap kau fikir balik
keputusan nak
tunjuk keras kepala kau tu.
Ugly Betty: ok lah. Aku nak tido.
Nanti kirim salam kat Man ya.
Sherry_sweet: Yalah. Take care tau.
Salam.
Aku diam. Terus menamatkan talian
sambil salam Sharifah cuma aku jawab di dalam hati. Komputer riba aku tutup
perlahan. Bangkit daripada meniarap, aku bersila di tengah-tengah katil.
‘Beralah tak bermakna kita kalah…’
kata-kata Sharifah sebentar tadi, kini berlegar-legar di minda.
Bukan aku tidak mahu beralah. Tetapi, hati aku cukup
pedih apabila Encik Firdaus langsung tidak mahu mengambil kira pendapatku.
Langsung tidak mahu percaya pada kataku. Dia tidak yakin pada aku, sebagaimana
dia yakin pada Puan Sri Ainul. Hati aku tidak akan separah ini, seandainya
Encik Firdaus mahu pertimbangkan pendapatku. Pendapatku tentang Puan Sri Ainul
yang menjadi dalang SMS mengarut itu. Tetapi, Encik Firdaus menolak
mentah-mentah apabila nama itu disabitkan. Nampak sangat aku langsung tidak
boleh bercakap yang buruk-buruk tentang ibu Mia. Mungkin di matanya saat ini,
aku seorang isteri yang sedang memburuk-burukkan insan lain hanya untuk menutup
kesilapan sendiri. Memikirkan andaian itu mungkin sedang bersarang di fikiran
Encik Firdaus, hati ini merintih sendiri. Tidak… aku tidak akan membiarkan
anggapan itu terus bersarang di hati Encik Firdaus. Andai aku beralah dan
meminta maaf, sama sahaja seperti aku mengaku silap kerana memburukkan nama
Puan Sri Ainul. Walhal, hal yang sebenar bukan begitu! Hal yang sebenar memang
wanita itu saat ini sedang menjadi awan hitam yang kelam yang datang untuk
membawa kegelapan dalam hubungan kami.
Aku mengeluh perlahan. Biarlah apa
pun yang berlaku, aku tidak akan meminta maaf pada kesilapan yang tidak pernah
aku lakukan. Nasihat Sharifah aku buang jauh-jauh. Mata memandang seketika pada
Encik Firdaus yang terus kaku di meja. Biarlah… biarlah lelaki itu mahu
menjauhiku. Aku akan terus menunggu. Menunggu saat Encik Firdaus mahu menyapaku
semula.
0 comments:
Post a Comment